MELAKA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran semua penyokong parti politik yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Johor kelak, agar tidak menyentuh isu-isu sensitif khususnya berkiatan 3R iaitu bangsa, agama dan raja, sepanjang tempoh berkempen.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata ia bertujuan mengelakkan wujudnya ketidakharmonian dalam kalangan rakyat terutamanya institusi diraja, agama dan bangsa sepanjang perjalanan PRK kelak.
"Kita pun tak mahu membuka kertas siasatan isu-isu sebegini dan mengingatkan agar tidak ada lagi isu-isu sensitif ini dimainkan. Saya juga yakin penyokong parti di Johor juga sama seperti penyokong parti yang telah pun mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas.
"Kita tengok masa PRN lepas, ketika penamaan calon, memang tidak ada apa-apa kes dan saya amat yakin di Johor, pengundinya juga sudah matang dalam menghadapi PRK di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Ulang Tahun ke-74 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Balai Istiadat Seri Negeri di sini hari ini.
Pada istiadat berkenaan, Razarudin dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRK diadakan susulan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P161 Pulai dan DUN N13 Simpang Jeram berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon pada 26 Ogos, pengundian awal pada 5 Sept manakala 9 Sept sebagai hari mengundi bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 24 2023
Razarudin berkata ia bertujuan mengelakkan wujudnya ketidakharmonian dalam kalangan rakyat terutamanya institusi diraja, agama dan bangsa sepanjang perjalanan PRK kelak. - Gambar fail/Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM akui pertemuan dengan pemimpin Hamas timbulkan keresahan rakan khususnya di Barat
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata Malaysia hanyalah sebuah negara bebas yang menyokong usaha-usaha perdamaian di Semenanjung Gaza.
Kerajaan boleh tawar pilihan sewa kepada mereka tidak mampu beli rumah - Institut REHDA
Menurut REHDA, menyewa boleh menjadi pilihan yang lebih mampan berikutan tanah adalah sumber yang terhad.
450,000 orang tinggalkan Rafah dalam tempoh seminggu - PBB
Hampir 450,000 orang meninggalkan bandar Rafah di Gaza dalam tempoh seminggu.
Platform video Rumble saman Google kerana langgar peraturan persaingan
Platform hos video dalam talian, Rumble, telah mengemukakan saman ke atas Google dan Alphabet kerana melanggar peraturan persaingan semasa mempromosikan platform video YouTube.
Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Pensyarah Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Mohd Nazre Salleh berkata arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar. Jelasnya, tanpa bilangan arboris yang mencukupi, audit pokok-pokok berusia tidak boleh dilaksanakan dengan berkesan.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
Terus tanam pokok dalam bandar, walaupun ada kejadian pokok tumbang - NGO
Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata penanaman pokok di bandar-bandar perlu diteruskan bagi tujuan menghijaukan kawasan tumpuan dan memelihara alam. Jelasnya, kejadian pokok tumbang tidak wajar menjadi penghalang kepada usaha menangani kesan perubahan iklim.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
AWANI Ringkas: Sempadan Malaysia-Thailand
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Isu kasino kedua
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK KKB: Nga sedia beri kerjasama kepada SPR isu peruntukan
Nga sedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung aduan mengenai pengumuman peruntukan berjumlah RM5.21 juta kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).
Pas calonkan MB Terengganu pertahankan kerusi Parlimen Kemaman
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dinamakan sebagai calon PAS bagi mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Kecil (PRK).
PRK Pelangai: Saingan tiga penjuru antara BN, PN, bekas ahli UMNO
Senarai rasmi calon-calon diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Pelangai, Datuk Mohammad Shahid Ismail.
PRK DUN Pelangai bermula hari ini
Semua calon mempunyai tempoh sejam hingga 10 pagi ini untuk menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus pusat penamaan calon.
PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram bermula hari ini
PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.
PRK Pulai dan Simpang Jeram bermula dengan penamaan calon esok
Bahang pilihan raya kini beralih ke pertarungan merebut kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram yang bermula dengan hari penamaan calon esok.
Jangan mainkan isu 3R semasa PRK Johor - Ketua Polis Negara
PDRM memberi amaran semua penyokong parti politik yang bertanding pada PRK Pulai dan Simpang Jeram, Johor agar tidak menyentuh isu-isu sensitif khususnya berkaitan 3R sepanjang tempoh berkempen.
PN cuba kelirukan rakyat - Anthony Loke
Loke berkata kenyataan itu juga menunjukkan bahawa PN sudah ketandusan modal dengan mengeluarkan kenyataan yang bertujuan untuk mengelirukan rakyat.
PRN: Proses penamaan calon lancar, tiada insiden dilaporkan - KPN
Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di 173 Pusat Penamaan Calon (PPC) di enam negeri pada pagi Sabtu berjalan lancar tanpa sebarang insiden.
'Satu lawan satu' di PRK Parlimen Kuala Terengganu
PRK Parlimen P036, Kuala Terengganu bakal berdepan dengan persaingan sengit 'satu lawan satu' apabila penyangangnya Datuk Ahmad Amzad Hashim dari Pas akan ditentang pencabar dari PKR.